Perlembagaan Malaysia sudah mati ~ Debat Perdana
PERLEMBAGAAN sebagai sesuatu yang sewajarkan tertinggi di dalam proses kenegaraan kini menghadapi krisis parah apabila pihak pemerintah sendiri didakwa mencemar pelbagai perkara yang dijamin oleh perlembagaan.
Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin [foto sebelah] berkata, beberapa perkara penting di dalam perlembagaan negara ini wajar kembali dipulihkan.
“Kerajaan sendiri yang mencemari beberapa perkara asas di dalam perlembagaan. Misalnya siapa yang menjadikan matapelajaran matematik dan sains di dalam bahasa Inggeris kalau bukan kerajaan?” katanya di dalam program Debat Perdana dalam siaran TV1. Beliau juga dengan tegas menyebutkan rentetan beberapa tindakan kerajaan ini, maka perlembagaan negara bolehlah dianggap sudah mati.
Sementara itu, pensyarah di Fakulti Undang-undang, Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Profesor Dr Aziz Bahari pula berkata, kerajaan harus juga melihat dirinya sendiri dan tidak hanya menggunakan hujah kononnya tidak ada 'kebebasan muthlak' sedangkan pelbagai undang-undang jelas melanggar perlembagaan.
“Kita harus menerima jaminan di bawah artikel 10 dan apa-apa sahaja yang bertentangan dengan nilai kebebasan sewajarnya terhapus dan tidak valid,” katanya.
Sementara itu, ahli majlis tertinggi Umno, Abdul Rahim Tamby Chik [foto sebelah] pula berkata, dengan perkembangan teknologi maklumat, rakyat di negara ini boleh mendapatkan maklumat melalui pelbagai cara, termasuklah surat layang.
“Bahkan ibu dan bapa di kampung juga boleh membaca maklumat melalui internet dan kerajaan sudah tidak dapat lagi menyekat hal ini,” katanya.
Namun, Shamsul membidas bahawa kadar celek internet di negara ini masih terlalu rendah dan teknologi maklumat masih belum boleh dijadikan ukuran bahawa negara ini sudah mengamalkan kebebasan media.
“Kadar penggunaan komputer di negara ini hanya tiga daripada seratus orang. Ini jauh lebih rendah berbanding Singapura, Taiwan dan Korea Selatan yang lebih daripada separuh orang untuk menggunakan komputer,” kilas Shamsul.
Pandangan Abdul Rahim ini juga dikilas oleh Dr Aziz [foto sebelah] apabila menyatakan bahawa kerajaan tidak boleh menjadikan perkembangan teknologi maklumat sebagai alasan mengongkong media.
“Kita tidak boleh menggalakkan rakyat ini menggunakan saluran suvbersif termasuk surat layang dan kegiatan bawah tanah akibat kerajaan tidak dapat menyediakan kebebasan media,” kata Dr Aziz lagi.
Selain itu, setiausaha pergerakkan pemuda MCA, YB Wee Ka Siong pula terus mengajak agar para pemuda di negara ini menjadikan perlembagaan sebagai asas untuk bersatu padu. Beliau berkata, adalah sangat penting generasi hari ini menghormati antara satu sama lain, dan tidak hanya mengkritik kerajaan.
“Saya menghormati hak keistimewaan Melayu, apa salahnya saya cinta kepada bahasa Melayu. Namun, saya juga minta agar perkara-perkara lain di dalam perlembagaan juga diterima,” katanya.
Menggunakan hujah perlembangaan untuk menutup kritikan ini dijawab oleh Shamsul yang sekali lagi menyatakan bagaimana beberapa perkara dilanggar kerajaan secara terang-terangan.
“Saya ingin bertanya, siapakah yang dapat kesenangan lesen AP kalau bukan segelintir elit politik? Apakah kalau saya menegur kerajaan hari ini bermakna saya tidak sayang kepada negara ini?” tukas Shamsul, dan menambah, “dengan menegur kerajaan juga bermakna saya sayang kepada negara ini.”
Beliau juga menyatakan bagaimana kerajaan menaikan kadar minyak yang akhirnya menyusahkan sebahagian besar rakyat.
“Tan Sri Rahim dan YB Wee mungkin tidak rasa kesan kenaikan harga minyak itu, tetapi semua rakyat biasa terasa. Kita tidak perlu menunggu Abdullah Badawi mendapat ilham untuk menegur beliau,” tambah Shamsul lagi.
Beliau juga mengecam PM Abdullah yang membiarkan rasuah bermaharajalela di negara ini. Bagi Shamsul, semua langkah kerajaan ini jelas tidak menghormati perlembagaan.
Program setiap malam Ahad itu dipengerusikan oleh bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Malaysia, Johan Jaafar membicara isu “Keluhuran Perlembagaan: Memelihara Kehidupan Masyarakat Demokrasi.” —Jinnie Lee [Sariberita]
[kembali ke halaman utama]
Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin [foto sebelah] berkata, beberapa perkara penting di dalam perlembagaan negara ini wajar kembali dipulihkan.“Kerajaan sendiri yang mencemari beberapa perkara asas di dalam perlembagaan. Misalnya siapa yang menjadikan matapelajaran matematik dan sains di dalam bahasa Inggeris kalau bukan kerajaan?” katanya di dalam program Debat Perdana dalam siaran TV1. Beliau juga dengan tegas menyebutkan rentetan beberapa tindakan kerajaan ini, maka perlembagaan negara bolehlah dianggap sudah mati.
Sementara itu, pensyarah di Fakulti Undang-undang, Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Profesor Dr Aziz Bahari pula berkata, kerajaan harus juga melihat dirinya sendiri dan tidak hanya menggunakan hujah kononnya tidak ada 'kebebasan muthlak' sedangkan pelbagai undang-undang jelas melanggar perlembagaan.
“Kita harus menerima jaminan di bawah artikel 10 dan apa-apa sahaja yang bertentangan dengan nilai kebebasan sewajarnya terhapus dan tidak valid,” katanya.
Sementara itu, ahli majlis tertinggi Umno, Abdul Rahim Tamby Chik [foto sebelah] pula berkata, dengan perkembangan teknologi maklumat, rakyat di negara ini boleh mendapatkan maklumat melalui pelbagai cara, termasuklah surat layang.“Bahkan ibu dan bapa di kampung juga boleh membaca maklumat melalui internet dan kerajaan sudah tidak dapat lagi menyekat hal ini,” katanya.
Namun, Shamsul membidas bahawa kadar celek internet di negara ini masih terlalu rendah dan teknologi maklumat masih belum boleh dijadikan ukuran bahawa negara ini sudah mengamalkan kebebasan media.
“Kadar penggunaan komputer di negara ini hanya tiga daripada seratus orang. Ini jauh lebih rendah berbanding Singapura, Taiwan dan Korea Selatan yang lebih daripada separuh orang untuk menggunakan komputer,” kilas Shamsul.
Pandangan Abdul Rahim ini juga dikilas oleh Dr Aziz [foto sebelah] apabila menyatakan bahawa kerajaan tidak boleh menjadikan perkembangan teknologi maklumat sebagai alasan mengongkong media.“Kita tidak boleh menggalakkan rakyat ini menggunakan saluran suvbersif termasuk surat layang dan kegiatan bawah tanah akibat kerajaan tidak dapat menyediakan kebebasan media,” kata Dr Aziz lagi.